25/05/2013

Melaka Alive Bahtera Merdeka Akan Mula Dibuka Pada September Ini.








MELAKA 3 April 2012- Melaka Alive Bahtera Merdeka sebuah panggung wayang menggunakan tirai air yang dibangunkan di atas sebuah kapal akan mula dibuka kepada orang ramai September 2012.
Keunikan menonton wayang dengan air menjadi layar yang pertama dibina di Asia menggunakan gabungan teknologi dari United Kingdom, Sepanyol, Itali dan Amerika Syarikat (AS) merupakan produk terbaru di negeri ini.
Projek yang menelan kos sebanyak RM23 juta bagi fasa pertama itu dibangunkan oleh Pekan Legasi Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).
Presiden Pekan Legasi Sdn. Bhd., Mohd. Nizar Najib berkata, Melaka Alive Bahtera Merdeka yang dibina berhampiran Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir, dekat sini akan menjadi produk pelancongan paling unik di negeri ini.

0 comments: