25/05/2013

Melaka Alive Bahtera Merdeka Akan Mula Dibuka Pada September Ini.








MELAKA 3 April 2012- Melaka Alive Bahtera Merdeka sebuah panggung wayang menggunakan tirai air yang dibangunkan di atas sebuah kapal akan mula dibuka kepada orang ramai September 2012.
Keunikan menonton wayang dengan air menjadi layar yang pertama dibina di Asia menggunakan gabungan teknologi dari United Kingdom, Sepanyol, Itali dan Amerika Syarikat (AS) merupakan produk terbaru di negeri ini.
Projek yang menelan kos sebanyak RM23 juta bagi fasa pertama itu dibangunkan oleh Pekan Legasi Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).
Presiden Pekan Legasi Sdn. Bhd., Mohd. Nizar Najib berkata, Melaka Alive Bahtera Merdeka yang dibina berhampiran Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir, dekat sini akan menjadi produk pelancongan paling unik di negeri ini.

AYER KEROH – Taman Burung Melaka yang terbesar di Asia membabitkan kos penubuhan RM16 juta menjadi produk baru tarikan di negeri itu mula beroperasi sepenuhnya 1 April 2013 ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, taman yang dibina di atas tanah seluas 1.8 hektar di Taman Botanikal Ayer Keroh itu menempatkan 400 ekor burung pelbagai spesies dan dijangka akan terus ditambah 400 ekor dari semasa ke semasa.

Antara yang ditempatkan termasuk burung kakak tua selain menempatkan ayam serama dan 300 ikan tilapia juga 12,000 pokok pelbagai spesies yang ditanam sekitar taman berkenaan.

“Taman Botanikal ini mempunyai jenis hutan tropika yang sesuai untuk menempatkan pelbagai spesies burung termasuk dari rantau Asia. Antaranya bangau kendi, burung kasih, enggang badak, nuri pekicau, kakak tua jambul kuning dan burung upeh.

“Landskap menyusuri sungai akan dilengkapi pembinaan boardwalk yang menghubungkan laluan ke tapak taman burung di sepanjang jajaran sungai dengan kelengkapan sistem pencahayaan.

“Empat wakaf akan dibina di sepanjang boardwalk selain menanam tanaman hiasan dan menaik taraf laluan pejalan kaki bersebelahan boardwalk,” katanya sempena perasmian Taman Burung Melaka di Taman Botanikal, kelmarin.

Katanya, taman burung adalah antara salah satu produk yang dibangunkan dalam fasa kedua pembangunan Taman Botanikal yang turut menaik taraf chalet, menara tinjau dan keseluruhan landskap.



 Gambar Projek Taman Burung Terbesar (Bird Park Melaka) Di Melaka....


Gambar Semasa Lawatan Datuk Ali Rustam Ke Tapak Projek Taman Burung Terbesar (Bird Park Melaka) Di Melaka.......
Kereta Kabel di Melaka.


Kereta kabel akan menjadi satu lagi tarikan baru pelancongan di negeri ini, apabila Kerajaan Melaka semalam, mengumumkan rancangannya untuk membangunkan projek berkenaan tidak lama lagi. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, cadangan projek itu secara umumnya belum selesai, tetapi membayangkan ia bakal menghubungkan kawasan muara Sungai Melaka hingga ke Pulau Melaka. 

Katanya, kos keseluruhan projek itu masih belum diputuskan kerajaan negeri kerana masih pada peringkat penelitian akhir, tetapi mengesahkan tender pelaksanaannya mungkin dikeluarkan pada awal tahun depan. 


"Kerajaan negeri mempunyai rancangan membangunkan projek kereta kabel bagi merancakkan lagi industri pelancongan di Melaka. Kos projek ini belum diputuskan, tetapi ia akan menghubungkan muara Sungai Melaka sehingga ke Pulau Melaka. 

"Antara laluan kereta kabel ini kelak adalah Medan Selera Newton dan pusat beli belah Mahkota Parade atau Pahlawan City. Tender bagi membangunkan projek ini dijangka dikeluarkan pada awal tahun depan," katanya selepas menerima lawatan rasmi Presiden Austria, Dr Heinz Fischer ke negeri ini semalam. 

Sepanjang berada kira-kira tiga jam di sini, Heinz dan isteri, Margit Fischer berkunjung ke beberapa lokasi pelancongan popular di sekitar pusat bandar raya di sini. Terdahulu, rombongannya yang turut disertai lebih 50 delegasi itu termasuk Menteri Ekonomi, Keluarga dan Belia Austria, Dr Reinhold Mitterlehner tiba di sini, kira-kira jam 1.30 petang. 

Sepanjang berada di sini, beliau dan isteri, dijamu makan tengah hari di Hotel Equatorial, sebelum dibawa menaiki beca ke Muzium Kesultanan Melaka, Menara Taming Sari, Bangunan Stadhuys dan beberapa rumah ibadat di Jalan Harmoni. 
Selepas itu, rombongan dibawa menaiki bot Melaka River Cruise menyusuri Sungai Melaka selama kira-kira 20 minit, sebelum berhenti di Taman Rempah, Pengkalan Rama. Heinz dan rombongan berlepas balik ke ibu negara pada jam 5 petang. 

Hadir sama sepanjang lawatan itu ialah isteri Ketua Menteri, Datin Seri Asmah Abd Rahman; Menteri Kerja Raya selaku menteri pengiring, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh. 

Mohd Ali berkata, beliau ada berbincang dengan Presiden Austria berhubung rancangan Kerajaan Melaka untuk membangunkan projek kereta kabel itu dan dimaklumkan, negara berkenaan mengeluarkan gondola terbaik di dunia. 

"Kita berharap negara berkenaan akan membantu Melaka memajukan projek ini kerana sebelum ini, kita sudah menggunakan teknologi Switzerland untuk membangunkan Menara Taming Sari, manakala teknologi China untuk monorel," katanya. 

Mengulas lawatan rombongan dari Austria itu, Mohd Ali melahirkan rasa gembira dan berharap dapat menjalin hubungan lebih baik dengan kerajaan negara Eropah itu pada masa depan melalui pelbagai bidang sesuai seperti teknologi komunikasi dan maklumat serta bioteknologi.

23/05/2013

Melaka River Cruise paling menarik untuk di naiki/dilayari adalah ketika waktu malam..












Kerana ketika anda akan dihiasai dengan pemandangan dan pencahayaan yang sangat mempersonakan..
Seperti Kg Morten di waktu malam semetinya berbeza untuk dilihat ketika di waktu siang tanpa lampu neon yang memukau pemandangan.. Eye On Melaka di pertengahan perjalanan nanti..







Malam juga memberikan anda keselesaan dengan suasana udara sejuk berbanding siang..





Harga Tiket Melaka River Cruise :

Dewasa          : Rm 10
Kanak-kanak : Rm 5


Melaka River Cruise Price : 

Adult RM 10.00 and Children RM 5.00.








Pulau Besar Melaka
Menara Taming Sari

Taman Buaya Melaka kini berwajah Baru.

Taman ini adalah yang terbesar di Malaysia. Sejak pembukaannya pada tahun 1987, Taman Buaya telah mempelbagaikan koleksi spesis reptilia di sini.
Mempunyai keluasan 3.2 hektar, taman ini menjadi destinasi tarikan pelancong yang terkenal dan mempunyai lebih 200 ekor buaya dari pelbagai spesis antaranya ialah Buaya Siam, Buaya Kerdi Afrika, Indian Marsh/Mugger, Cayman dan American Alligator, Buaya Jejulung dan Buaya Tembaga.


JIka dari permulaan kewujudannya, sekarang ini taman Buaya berwajah baru sedikit..
Skrg Taman buaya mempunyai replika atau bangunan mini yang mashur di Malaysia ini.. seperti Bangunan Tugu Negara, Bangunan Putrajaya, Menara KLCC, Bangunan Parlimen,Tugu Kota A Famosa, Muzium Melaka dan sebagainya.. Bangunan mini akan anda lihat ketika mula-mula masuk ke Taman Buaya ini..Kalau anda pernah datang ke sini tp tak jumpa Bangunan Mini ni, maknanya dah lama lah tu tak dtg ke Taman Buaya ni.. sbb ni semuanya antara tarikan terbaru kat taman buaya ni..



Taman Buaya juga skrg mempunyai Taman Mini Air sekali. jika lepas puas berjalan di dalam, bolehlah bawa anak anda untuk mandi sekali di taman mini Air di dalam Taman Buaya ini..

Jangan risau.. pertama, anda bukan mandi dgn buaya, tp mandi dgn anak-anak anda..
kedua, harga tiket nak masuk Taman buaya tu dah termasuk dengan Taman Mini Air ni skali.. 






Juga terdapat JurasicPark 


Waktu Lawatan: 9.00am - 6.00pm



Harga Tiket Taman Buaya:

Bayaran Masuk:
Dewasa - RM10.00
Kanak-kanak - RM6.00


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Taman Buaya Melaka Sdn. Bhd.
Pusat Pelancongan Air Keroh
75450 Melaka
Tel: +606 232 2349

Dubbed as the first land and sea adventure in Malaysia, the Melaka Duck Tours in a 38-seater craft is one of the main attractions in Malacca.
Visitors are able to enjoy a 45 to 60-minute amphibious adventure around Melaka.  The on land tour route would cover several interesting sites such as A’ Famosa Fort, Melaka Sultanate Palace, Dataran Pahlawan Megamall, Mahkota Parade and Pulau Melaka.
The craft will then enter the sea at Pulau Melaka and cruise towards famous Sungai Melaka.  Visitors can also find interesting views of the floating Masjid Selat Negeri Melaka during the duck tour on sea.  This duck tour will give visitors a unique view of the city’s history and charms without taking two separate rides.
The ticket kiosk is located just a stone throw away from the famous Menara Taming Sari.  The Duck Tour journey will start from the ticket kiosk and end at the same terminal.

Malacca is a land with beautiful relics, colonial remnants and sumptuous fare. Experience all this by a tour and the best tour is the Malacca Duck Tour. Enjoy the sunshine yellow kiosk of this Malaccan tour which stands obstinately beside Menara Taming Sari opposite the Dataran Pahlawan Shopping Complex. Malacca Duck Tour is the first land and sea escapade, this tour duck-bus – an amphibious transport truck is definitely the most entertaining way to explore Malacca.
Visitors are able to enjoy a 45-60 minutes ride that would cover several interesting sites such as A’Famosa Fort, Malacca Sultanate Place, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade and Pulau Melaka before the duck enter the sea at Pulau Melaka and cruise towards famous Sungai Melaka. Visitors can also enjoys the view of floating Masjid Selat. This tour will definetly give visitors a unique view of the city’s history and charm without taking twi separate rides.



Location

Address: Jalan Merdeka, 75000 Melaka
GPS Coordinate: N 2.190648, E 102.247621

Admission Fee

Melaka Duck Tour Price
Adult – RM 38.00Child (12 years old and below) – RM 22.00Teenagers (13-18 years old) – RM 27.00Senior Malaysian Citizen (aged 60 and above) – RM 27.00Admission is free for children below the age of three.
Full DUCK charter is available at RM 1,500.00.  Family Package for 2 adults and 2 children is also available at a price of RM 100.00.
Phone reservations are highly recommended during peak season due to overwhelming demands.  Group booking is also available.

Operation Hour

Operate Daily from 9.00 a.m. to 6.00 p.m.

Contact Details

Hotline:  016-6627999 (Ticketing), 016-2053118 (Marketing)
Phone No:  06 – 2925595 / 06-2818382
Fax No: 06-2922595 / 06-2818235
Email:  melakaducktours@yahoo.com / info@melakaducktours.com
Website: www.melakaducktours.com

Tempat Menarik Di Melaka - Kg Morten

rumah di melaka
Ketika menusuri sungai Melaka menaiki bot (River Cruise), anda pasti akan ternampak satu perkampungan Melayu, yang masih mengekalkan ciri-ciri rumah Melayu Melaka.. Kampung tersebut dipanggil Kg. Morten.

kampung morten 

rumah di melaka
Kg morten merupakan satu-satunya kg melayu yang terletak ditengah-tengah bandar melaka. Mula dibuka pada tahun 1922 oleh Tuan J.F Morten, salah seorang pengawai tanah British di Melaka dahulu yang telah mencari kawasan yg sesuai kepada penduduk yg kena dipindahkan dari Kg Jawa oleh kerajaan jajahan British. sebelum dibangunkan, ia adalah kawasan paya... 

rumah di melaka
ada 85 buah rumah di kampung ni, 52 buah masih mengekalkan rekabentuk tradisional rumah melaka...

kg morten
pintu gerbang kayu menyambut ketibaan pengunjung yang datang.. halaman rumah dihias kreatif dan cantik oleh pemilik rumah.. kesemua tuan atau puan rumah kat sini peramah.. meh la jemput masuk, jangan malu-malu, boleh minum-minum, boleh sembang-sembang sejarah melaka dengan mereka... sambil belek-belek barang-barang antik dalam rumah tu..

rumah melaka
salah satu ciri unik rumah di melaka ni.. tangga batu yang dihiasi jubin corak geometri atau bunga.. time petang duduk ramai-ramai kat tangga ni... besttt..
rumah melaka
Gambar miniature Rumah Melaka di salah sebuah halaman rumah di Kg Morten tersebut... sangat halus hasil kerjanya.. nampak betul-betul real.. 






_______________________________________________________________________________

Harga Promosi Homestay di Melaka ada Swimming Pools ini
bermula dari Rm750 - ( 5 bilik)  


 Villa 5 Bilik
(click gambar homestay at melaka with private swimming pool ini utk melihat 
gambar-gambar unit ini dan info mengenainya)
_______________________________________________________________________________

Banglo 5 Bilik Homestay Melaka ada
Kolam Renang 
Harga Promosi Banglo 5 bilik Homestay di Melaka ada kolam renang ini 
bermula dari Rm750 - ( 5 bilik)  

________________________________________________________________________________
Harga Promosi Homestay di Mitc, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh ini 
bermula dari Rm300 -  
Homestay di Melaka di dalam Pusat Bandar Mitc, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.



 Villa Mitc - 4 bilik aircond & 4 bilik air

_________________________________________________________________________________

Harga Promosi Homestay di Ayer Keroh Melaka ini 
bermula dari Rm280 -  



_________________________________________________________________________________

Harga Promosi Homestay di Bandar Melaka ini 
bermula dari Rm200 -  



 4RC - 4 Rooms Corner


_________________________________________________________________________________
Harga Promosi Inap Desa di Melaka ini 
bermula dari Rm170 -  



 4R - 4 Rooms Intermediate

_________________________________________________________________________________
Harga Promosi Homestay murah Melaka ini 
bermula dari Rm150 -  


 3RC

______________________________________________________

Homestay di Ayer Keroh
jenis 3RMitc 
(3 bilik End Lot)


Harga Promosi bermula dari Rm170 -  
Homestay Melaka di dalam Pusat Bandar Mitc, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.